Khamis lepas sepatutnya  membawa sinar baharu kepada peminat Bujang Senang dengan pelancaran jersi baharu pasukan Sarawak 2017. Sungguhpun demikian, keadaan bertukar menjadi negatif setelah jersi tersebut diperkenalkan, sekaligus membawa masalah perhubungan pelanggan (PR yang teruk bagi kedua-dua LSC dan FAS.

Penyokong Ngap Sayot rata-ratanya menyuarakan rasa tidak puas hati dan kecewa mereka di media sosial terhadap logo yang baru diperkenalkan. Manakala, sebahagian penyokong mengkritik penggunaan corak ‘bunga terung’ secara berlebihan kerana motif tersebut membawa maksud tertentu dalam tradisi dan kepercayaan masyarakat Iban di Sarawak dan ditak boleh digunakan sesuka hati.

Kedua-dua perkara kontroversi ini masih belum dijelaskan oleh pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dan pereka dan pengeluar jersi Sarawak, Lea Sports Centre (LSC), yang masih memilih untuk berdiam diri hingga ke hari ini.

Tindakan pihak FAS dan LSC untuk berdiam diri ini juga telah menjadikan pasukan Sarawak FA menjadi bahan lawak jenaka dalam senario bolasepak tempatan Malaysia terutamanya di media sosial.

Pada pengamatan kami,  sehingga artikel ini ditulis, sudah terlambat bagi pihak FAS dan LSC untuk memberi penjelasan berhubung mengapa logo tersebut dipilih dan digunapakai kerana apa apa penjelasan hanyalah dilihat sebagai helah untuk menutup cerita, sekaligus hanya akan menambah debat dan cacian yang kini sudahpun menjangkau ribuan, jika tidak jutaan capaian di Internet. 

Pihak FAS dan LSC sepatutnya mengambil kesempatan untuk tampil memberi penjelasan yang munasabah berkenaan logo dan penggunaan corak ‘bunga terung ‘ ketika majlis memperkenalkan pemain dan jersi rasmi tempoh hari agar peminat boleh cuba memahami situasi atau objektif perkara-perkara tersebut dibuat.

Disebabkan ketiadaan penerangan diberi, samada semasa atau selepas majlis pelancaran tersebut, majlis yang bertujuan memperkenalkan pemain muda pasukan Bujang Senang, dikaburi dengan komen-komen berkenaan logo dan corak baju pasukan.

Memandangkan situasi bolasepak Malaysia dan Sarawak bakal menginjak ke era penswastaan bermula musim depan, mungkin inilah masanya untuk FAS dan mungkin LSC untuk melantik pegawai perhubungan awam (PR) untuk menjelaskan isu-isu sebegini kerana adalah menyedihkan untuk melihat sarawak FA terkenal dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

40 COMMENTS

  1. pakei logo lamak… tukar jak perkataan persatuan dkt logo Lamak kpd kelab mun nak tukar Nama ke Sarawak FC pakei memenuhi syarat Nama utk liga fully professional yg akan dijlnkan pd 2018..

  2. Tahun 2018 tukar logo sekali dgn corak memotifkan dayak.nk buat corak memotifkn dayak kena tanya org dayak.sepatutnya “bungai terung” di sebelah kiri dan kekanan di bahu bukannya di bawah perut di tengah2 dada.

  3. Kacak n canggih ney pun logo kita tapi kualiti permainan xdipertingkatkan sik ada makna. Bgs kta nangga n pantau gine cara permainan musim tok & then baruk kita bisin2 mcm ney pun. Mun mentaliti kita xberubah jgn kita nak harapkn org molah perubahan. Majulah sukn utk Sarawak cepat2 kit. Oohaa.. Oojoee..

  4. Kompom menang eh! Swk k logo baru..ney tauk logo lmk ya yg mbak soi…haha…pengurusan baru…logo pun barulah…kartun kah apa, janji heng…biar cdak tetak…klk kita tetak cdak blt…sbb logo ya mbak heng…

  5. Sahabat x penting faham kualiti dan mutu pemainan yg pnting…logo smart pn x guna kalau main kurang mutu….yg pnting pemainan yg bermutu tinggi yg kita nk…wahai sahabat faham…

  6. dlm komen tok banyak org madah logo x penting janji main kacak. ctok ku nak madah main kacak atau x xda knak mengenak an logo kck ka logo jaik ka. game kacak cerita dlm padang ya tugas pemain, logo tok aspek luar padang fas pun tugas jgn disamakan. jgn kata logo x penting, logo lambang pasukan kita, identiti pasukan kita n kebanggaan kita sebagai penyokong.

  7. Apa maok d komen dgn logo dan corak baju ya…sikda pa2 ya bah…yg penting adat kita n satukan hati utk sokong team srwk, mun masuk stadium negeri jangan mcm perangai beruk n sakai….

  8. jersi da kacak design… logo ya.. sapa ndak milih.. nak dipersoal org nek tok mcmni logo ya boleh jd logo jersey thn tuk.. google “emblem” pls

  9. seandainya kita jln pakai jersi sarawak , kamudian org gelak. kita bertanya kenapa. rupanya kerana logo. so.. logo juga merupakan identiti yg mampu menarik perhatian dan perlian. FAS juga kena faham logo cantik baju cantik akan memberi nilai tambah bukan untuk FAS dan penaja sahaja tapi kepada seluruh orang sarawak. logo cantik klu buat keychain org beli. kita amik contoh JDT apa saja ttg JDT terutama logo harimau pasti berharga walaupun sekadar alas meja makan. maka disitu letaknya nilai komersial yg memberi manfaat kepada semua. kepada penyokong arsenal kalu anda nampak tuala ada logo meriam beroda apa anda buat?` skdar pandangan.

Comments are closed.