Pasukan Sarawak memulakan kempen Liga Super 2017 dengan 1 mata setelah mengikat T-Team di tempat lawan.
Perlawanan turut menyaksikan kedua-dua pasukan melakukan serangan demi serangan di babak pertama perlawanan. Namun, kedua dua pasukan gagal mencari gol awal hingga tamat masa pertama perlawanan.
Perlawanan disambung semula dengan kedua dua pasukan mencuba untuk membaiki rentak permainan. Hasilnya, pasukan T-Team terlebih dahulu di hadapan dengan jaringan oleh Norhakim Hassan pada minit ke 49.
Tersentak dengan gol tersebut, pasukan Sarawak cuba mengasak untuk menjaringkan gol penyamaan. Namun, pertahanan ampuh T-Team bijak mengawal bahagian serangan pasukan Sarawak.
Perlawanan terus dilihat memihak kepada T-Team. Pemain import dari Filipina, Mark Hartman hampir menjaringkan gol apabila sepakan percuma yang diambilnya cuma menggegar tiang gol pasukan T-Team.
Akhirnya, usaha jentera serangan pasukan Sarawak membuahkan hasil apabila Mateo Roskam berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil gerakan serangan balas pantas pada minit ke-81.
Pasukan Sarawak terus mengasak untuk mencari gol kemenangan. Namun, perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.
Keputusan seri meletakkan pasukan Sarawak di tempat ke 8 dari 12 pasukan dalam carta liga semasa.
Pasukan Sarawak akan meneruskan kempen Liga Super 2017 dengan bertandang ke Stadium Darul Aman untuk perlawanan kedua Liga Super menentang Kedah pada 27 Januari 2017.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Ini hari boyak ada senyum sikit….hehehehehe
Kan dah madah, awal2 liga banyak team lum settledown. Masa tok lah peluang sarawak mauk ambik point.
Alhamdulillah..
Seri d tempat lawan adalah yg terbaik..teruskan rentak kemenangan..
Tok bok nyak
mun admin ada jadual home game cuba post kelak
Ada di engkah di Fb tok jadual lengkap Sarawak.
Alhamdulillah, teruskan usaha kelak.
tahniah,untk semua pemain sarawak,
Tahniah….not bad 👍👍👍 xpa majoriti org br semua gik encarik keserasian kata org 😅