DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .
Majlis perasmian jersi baharu dan pengenalan pemain semalam juga menyaksikan kemunculan logo baharu digunakan di setiap jersi pasukan Sarawak. Logo tersebut dilihat digunakan untuk menggantikan logo rasmi FAS yang telah digunakan pada musim-musim sebelumnya.
Namun, biarpun logu yang bermotifkan buaya itu hanyalah logo maskot FAS dan bukannya logo baharu rasmi, netizen di Facebook dan Twitter SarawakCrocs rata-ratanya menyuarakan kekecewaan dan rasa tidak puas hati dengan penggunaan logo maskot tersebut.
sebagai orang sarawak… maok nangis saya nangga logo tok. pic.twitter.com/Ggf8gfRQBx
— Khairul Aqmal (@KhairulAqmal) January 19, 2017
Malah, ada juga peminat yang mengganggap penggunaan logo tersebut hanyalah lawak jenaka.
Terdapat juga peminat yang mempersoalkan siapa individu yang telah mereka logo tersebut.
Tolonglah reveal siapa designer logo.
— Syaiffrie (@Syaiffrie) January 19, 2017
Namun, ada juga peminat yang mengharapkan pemain dan pasukan menyuarakan nada optimis dan percaya bahaya corak permainan yang cantik adalah lebih penting dari logo pasukan.
apa logo ni bro. mcm program animasi kanak2 jak. logo pun kena simple cth logo sarawak crocs. dari jauh org dah tau ‘ oooii.. sarawak la’. amik contoh logo team bola internasional. semua simple. dari jauh org dah tauk. cth JDT palak rimau jak.. simple. ini mcm lambang syarikat pengangkutan awam jak. minta ubah sikit.
Betul,aku sokong.mcm lukisan budak tadika jk.
Uji ngena lambang burung kenyalang ngiga heng baru
Manah agi logo sarawak crocs
Logo sarawak FA tukar kepada kenyalang,sarawak kn bumi kenyalang,bukannya sarawak bumi buaya,tentu ramai yg suka klu buaya kita tukar kpd kenyalang
Mcm cerita komik dlok mrek sang kancil dan sang buaya..design sik kreatif lgsung..
Comments are closed.