FAM mula fasa kedua kes untuk menyelesaikan masalah hutang pasukan bola sepak

Persatuan bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan akan memulakan fasa kedua dalam usaha menyelesaikan masalah hutang pasukan bola sepak di bawah naungannya.

Menurut kenyataan FAM, “Fasa kedua yang dimaksudkan ialah masalah tunggakan membabitkan pasukan-pasukan dengan agensi-agensi kerajaan iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan Piala Presiden dan Piala Belia.”

FAM memaklumkan bahawa fasa kedua melibatkan lebih banyak pasukan termasuk pasukan Liga Super dan Liga Premier yang selain Kelantan, PDRM dan Melaka United.

Tambah FAM, fasa dua melibatkan “pasukan lain yang tidak mempunyai masalah tunggakan gaji dengan pemain, tetapi masih mempunyai tunggakan hutang dengan LHDNM, KWSP dan PERKESO.”

FAM menerangkan bahawa mereka akan memastikan pasukan-pasukan yang terbabit di dalam fasa dua “membuat perjanjian bertulis untuk persetujuan kaedah dan tempoh penyelesaian tunggakan bersama agensi-agensi kerajaan tersebut.”

FAM juga berjanji akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan tersebut untuk memastikan mana-mana pasukan yang belum membuat perjanjian persetujuan penyelesaian itu dapat berbuat demikian dan pada masa sama memantau supaya semua pasukan yang terlibat melakukan bayaran mengikut penjadualan yang telah ditetapkan.

Badan induk bolasepak Malaysia itu turut menekankan bahawa fasa kedua akan memberi perhatian kepada tunggakan gaji para pemain dan pegawai pasukan Piala Presiden dan Piala Belia.

Kenyataan rasmi berhubung pasukan-pasukan yang masih mempunyai tunggakan gaji dengan pemain dan pegawai pasukan Piala Presiden dan Piala Belia akan dibuat oleh FAM di dalam masa terdekat.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top