Home BERITA BOLASEPAK SUC kehilangan pengurus pasukan

SUC kehilangan pengurus pasukan

Pasukan belia Sarawak United, Sarawak United C (SUC) kehilangan pengurus pasukan apabila beliau sah meletak jawatan.

Berita peletakan jawatan beliau disahkan menerusi laporan akhbar Utusan Borneo yang mendakwa bahawa Basil Thomas teleh dengan sendiri mengesahkan beliau akan meletak jawatan.

Menurut laporan akhbar tersebut, Basil melepaskan jawatannya sebagai pengurus pasukan SUC kerana masalah penajaan.

Beiau dipetik akhbar tersebut sebagai berkata bahawa beliau tidak lagi mampu menampung kos pengurusan SUC yang tinggi dan didakwa menyatakan bahawa agak sukar baginya menyediakan peruntukan besar bagi mengurus pasukan tanpa suntikan dana dari pihak berkaitan.

Basil juga dipetik berkata bahawa “Tiada jalan lain kecuali mengundurkan diri kerana kos pengurusan bukan sedikit, mencecah jutaan ringgit yang membabitkan pembayaran gaji jurulatih, elaun pemain dan perbelanjaan lain.”

Kekosongan yang ditinggalkan Basil dijangka akan diketahui selepas pihak pengurusan SUC bermesyuarat pada minggu -minggu akan datang.

Buat masa ini, Utusan mendakwa bahawa Timbalan Pengurus Pasukan, Arbi Lai telah diberi tanggungjawab mengurus pasukan bagi perlawanan Piala Belia yang akan bermula pada 23 Februari kelak.

Previous articleFAM mula fasa kedua kes untuk menyelesaikan masalah hutang pasukan bola sepak
Next articleFAS cadang penganjuran Liga Sarawak pada tahun 2021