PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pemain pertahanan Sarawak Mafry Balang sah milik Pulau Pinang FA pada musim hadapan. Menurut sumber SarawakCrocs.com yang amat dipercayai, Mafry telah bersetuju untuk berkhidmat dengan pasukan yang dikenali sebagai ‘Panthers’ bagi musim hadapan.

Berita perpindahan Mafry sekaligus mengesahkan ura-ura terdahulu yang menyatakan bahawa Mafry telah mengikut jejak langkah penjaga gol Sani Anuar Kamsani untuk berhijrah dari Sarawak untuk musim 2015.

Promosi RM1

Status Mafry sebelum ini tidak dapat dipastikan apabila beliau hanya sah bakal meninggalkan Sarawak, tetapi belum dikhabarkan hala tujunya.

Dalam pada itu, sumber SarawakCrocs.com turut menyebut bahawa Mafry masih terikat dengan Sarawak sehingga November hadapan, dan dijangka membuat pengumuman rasmi perpindahan beliau ke Pulau Pinang selepas itu.

Pemain kelahiran Sabah itu telah bersama Sarawak untuk dua musim sebelum ini dan telah membantu pasukan Sarawak ke arah promosi ke Liga Super, termasuk membawa Sarawak muncul juara Liga Primier 2013.

1 COMMENT

Comments are closed.