Jurulatih Terbaik Kebangsaan 2011, Irfan Bakti, telah mengesahkan bahawa beliau kini sedang menunggu maklum balas dari Kuching City FC berkenaan status kedudukan beliau selaku Ketua Jurulatih kelab tersebut.

Dalam satu temubual bersama NADI Arena, Irfan menyatakan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak Kuching, dan juga Negeri Sembilan, dan kini hanya menunggu keputusan dari kedua – dua pasukan.

“Yalah yang pertamanya saya pergi ke Negeri Sembilan dan berjumpa dengan pegawai di sana, dan saya rasakan ianya positif. Walaubagaimanapun terserah kepada mereka berkenaan siapa yang patut pergi ke sana.”kata Irfan kepada NADI Arena.

“Pihak Kuching FA juga ada menghubungi saya dan saya menyerahkan kepada kedua – dua persatuan.

Irfan dikaitkan dengan perpindahan ke kelab bolasepak Liga Premier Kuching selepas beliau dilihat hadir ke perlawanan Sarawak United menentang Kuching, yang dimenangi Kuching.

Di dalam senarai jurulatih tempatan, Irfan dilihat merupakan jurulatih keempat terbaik ekoran kejayaan beliau di liga bolasepak domestik Malaysia.

Samada Irfan akan ke Kuching buat masa ini belum diketahui biarpun temubual tersebut telah dikeluarkan pada 23 November lalu.

Jika anda mahu melihat temubual tersebut, ianya diletakkan dibawah.