Dua persatuan minta Posa letak jawatan serta merta

Perstuan Bolasepak Bahagian Samarahan (PBBS) dan Persatuan Bekas Pemain Sarawak (ESPA) hari ini meminta Posa Majais meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Menurut laporan DayakDaily, kedua-dua persatuan mendakwa Posa tidak amanah dan telus dalam mentadbir FAS.

Presiden PBBS Mohd Iskana Bujang juga berpendapat FAS sedang menuju ke arah “kehancuran” di bawah Posa.

Beliau turut menyatakan banyak perkara yang dilakukan Posa ada membelakangi perlembagaan FAS dan tidak mematuhi prosedur standard.

Posa telah dilantik sebagai presiden FAS untuk penggal kedua pada mesyuarat agung FAS akhir tahun lalu.

Di bawah Posa, pelbagai isu berkaitan bolasepak Sarawak telah timbul termasuk tuduhan rasuah terhadap pemain, kegagalan Sarawak FA mendapat lesen kelab bolasepak Sarawak, ugutan saman ke atas laman SarawakCrocs, isu pecah amanah bekas exco FAS Razali Dolhan, dan yang terbaharu desakan Posa agar CEO Malaysia Football League (MFL) Kevin Ramalingam meletak jawatan kerana terlalu ‘mengikut buku’.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama dua persatuan meminta Posa meletak jawatan secara terbuka sungguhpun desakan sama sememangnya sudah mula kedengaran di media sosial.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top