Umum sudah tahu bahawa Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telahpun mengmbil alih Kelab Bolasepak Selangor United.

Pengumuman secara rasmi berkenaan pengambilalihan tersebut telah dibuat secara rasmi oleh pihak Malaysia Football League (MFL) yang telah secara dasar menerima penukaran dan penjenamaan pasukan tersebut kepada kelab bolasepak Sarawak United bermula musim hadapan, tertakluk kepada kelulusan pesuruhjaya sukan dan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

// IKUTI KAMI DI INSTAGRAM WWW.INSTAGRAM.COM/SARAWAKCROCS UNTUK BERITA BOLA SEPAK MALAYSIA DAN SARAWAK RINGKAS

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020

>>Dapatkan jersi rasmi Sarawak United 2020 dan SarawakCrocs Tribal jersey kini di TheKedey.com.

Dalam pada itu, pihak kami tertarik berkenaan tarikh-tarikh yang dinyatakan oleh kenyataan media MFL kelmarin.

Dalam kenyataan tersebut, disebutkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah Selangor United telah bersetuju membenarkan FAS mengambil alih pasukan Selangor United pada 22 November 2019.

Ini bermakna, FAS, selalu pengendali pasukan Sarawak FA, yang kini telah jatuh ke Liga M3, telahpun memulakan langkah awal untuk mengambil alih pasukan tersebut sebelum perlawanan play-off Liga Premier 2020 menentang Kuching FA pada 23 November 2019.

Ini sekaligus bermakna, FAS yang dipegang oleh Posa Majais selaku Presiden, telahpun tahu bahawa tidak hadir keperluan untuk Sarawak FA menang menentang Kuching FA pada perlawanan play-off tersebut kerana mereka sudahpun mempunya ‘back-up plan’ bagi memastikan mereka memiliki pasukan di dalam Liga Premeir 2020.

Walaupun pada hakikatnya, pengambilalihan sebuah pasukan oleh FAS bukanlah sesuatu yang negatif pada hemah kami, tetapi hakikat bahawa usaha untuk menggantikan pasukan Sarawak FA sebelum musim berakhir bagi pasukan tersebut adalah tidak profesional.

Ini memberi gambaran bahawa pasukan Sarawak FA tidak penting, dan play-off tersebut hanya untuk melengkapkan jadual dan segala kudrat dan usaha yang diberikan pemain dan barisan kejurulatihan Sarawak FA di atas padang terhadap perlawanan tersebut tidak bermakna mahupun penting.

Bagi kami selaku peminat pasukan Sarawak FA itu, kesedaran FAS telahpun seperti putus asa ke atas pasukan sendiri membuatkan kami merasakan seoleh-oleh tertipu dengan harapan bahawa pasukan dan pengurusan akan memberikan yang terbaik bagi memastikan Sarawak FA kekal di Liga Premier.

Sebaiknya, FAS membubarkan sahaja pasukan Sarawak FA sebaik tahu mereka akan cuba mengambil alih pasukan lain bagi terus menjaga sebuah pasukan Liga Premier musim hadapan.

Apa pun, nasi sudah jadi bubur, daji persoalannya kini adalah, adakah peminat Sarawak FA akan terus menyokong pasukan baharu ini?

Artikel disumbangkan Mohd Azahari

Penafian: Pendapat dan komen yang diutarakan disini bukanlah pendapat rasmi SarawakCrocs dan ianya merupakan pendapat peribadi penulis.