Pasukan PMS ternyata mengunguli carta Liga SetiaRaja Mukah 2017 setelah berjaya mencatat dua kemenangan berturut-turut.

Terdahulu, pasukan PMS berjaya membenam Daro FC dengan jaringan 4-1. Gol-gol PMS dijaringkan oleh Patrick Indang pada minit ke 10, Sebastian Mungang pada minit ke 18.  Azizul Jakaria cuba mencetus kebangkitan untuk Daro FC apabila menjaringkan gol pada minit ke 20 perlawanan. Namun, Sebastian Mungang sekali lagi berjaya menjaringkan gol pada minit ke 40 perlawanan. Fira Pelangi nenambah kedukaan Daro FC di minit ke 95.

Sarawak Coal Resources turut mencatat kemenangan besar apabila menumbangkan Tellian Tujulokala dengan jaringan 5-1.

Gol-gol Sarawak Coal Resources hadir melalui Alexson Aiho pada minit 11 dan 46, Mohd Dahari Jamain pada minit ke 21, Daniel Elfino Aiho pada minit ke 36.

Tellian Tujulokala cuba untuk bangkit melalui jaringan Elvia Aphendi pada minit 40. Abdul Salam Saibi mengesahkan kemenangan berjaya Sarawak Coal Resources pada minit ke 59 apabila menjaringkan gol meletakkan Sarawak Coal Resources selesa dengan kemenangan 5-1.

Landas Mukah ternyata tidak memberi jalan mudah untuk pasukan muda Mukah apabila menewaskan MY-Team U20 dengan jaringan 2-0. Ahmad Nadzim membuka jaringan pada minit ke 26. Pada babak kedua perlawanan, Mohd Shukri Bahari menjaringkan gol kedua Landas Mukah pada minit ke 58.

IPD-M FC pula berjaya membenam MPG UNITED 3-0 pada perlawnan ke 8 liga semalam. Abd Rahman Ali berjaya membuka jaringan seawal minit ke 4 perlawanan. Mohd Farizzudin Jais turut menunjukkan bisa apabila menjaringkan dua gol untuk IPD-M FC pada minit ke 50 dan 61.

Hasil dua kemenangan berturut-turut meletakkan PMS FC di kedudukan teratas liga diekori rapat pasukan 6 pasukan yang lain. Tellian Tujulokala gagal mengutip apa-apa apabila tewas dua perlawanan liga.

Sungguhpun demikian, ianya masih terlalu awal untuk mencongak juara LSRM ekoran hampir kesemua pasukan memiliki mata yang sama dari kedudukan kedua hingga ke tujuh.

Di bawah adalah kedudukan LSRM selepas perlawanan kedua hujung minggu lepas.

Kedudukan pasukan selepas minggu kedua LSRM. (Photo: MUFA)

LSRM akan diteruskan lagi pada hujung minggu ini.

Comments