Pengurus Kelab Bolasepak Manchester United, Jose Mourinho telah akhirnya membuat kenyataan umum bahawa beliau mahu mendapatkan khidmat Garreth Bale yang kini bersama Real Madrid.

Menurut akhbar The Sun UK, Mourinho dikatakan sanggup menentang pendapat jurulath lain untuk mendapatkan khidmat pemain tengah berusia 28 tahun itu.

Biarpun Mourinho telah memberi kenyataan tersebut, pengurus Real Madrid, Zenedine Zidane dilaporkan oleh akhbar sama sebagai berdiam diri, walaupun ianya bukan rahsia bahawa kedudukan Bale di kelab Sepanyol itu kini kritikal, sunguhpun Zidane juga dilaporkan telah memberi jaminan kepada Bale bahawa beliau (Bale) mempunyai masa hadapan bersama pasukan Real Madrid.

Jaminan Zidane itu hadir selepas Real Madrid dikhabarkan telah menghentikan minat untuk mendapatkan khidmat seorang lagi pemain tengah, Kylian Mbappe dari Monaco, namun presiden pasukan Real Madrid, Florentino Perez dipercayai agak yakin untuk melepaskan Bale yang sering cedera sepanjang karier beliau di Madrid.

Dalam pada itu, kelab bolasepak Chelsea juga dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Bale. – sarawakcrocs.com

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here