Jurulatih Sarawak Denny Da’ail melahirkan perasaan puas hati beliau terhadap prestasi pemainnya menentang JDT FC II (JDT II) malam tadi.
Menurut Denny, pemain beliau bermain dengan baik dan berjaya melakukan beberapa asakan berbahaya dan memiliki peluang keemasan.
Sarawak turut diberi penalti biarpun ianya diselamatkan oleh penjaga gol JDT II.
Mengulas lanjut, Denny berkata Sarawak tidak dapat menurunkan kesebelasan terbaik ekoran kecederaan dan sukar menandingi JDTII yang hadir dengan semua pemain import.
Beliau turut memuji barisan pemain simpanan JDTII yang dianggap setaraf dengan kesebelasan utama JDT.
“Kita bermain baik, kita dapat mendahului permainan sehingga minit ke-90 sebelum JDT memperolehi penalti”
“Kita mencipta peluang keemasan termasuk satu penalti yang diselamatkan penjaga gol JDT dan saya berpuas hati dengan prestasi pemain-pemain walaupun hanya bermain dengan satu pemain import berbandin JDT yang mempunyai pemain yang serba lengkap”
“Kelebihan JDT ialah pemain simpanan mereka adalah sama kualiti dengan pemain kesebelasan utama mereka manakala kita tidak dapat menurunkan pemain kerana ada yang baru balik dari kecederaan dan belum cergas sepenuhnya”.
Sarawak seri malam tadi apabila menentang JDT di Stadium Sarawak.