Sarawak FA berjaya mencuri satu mata malam tadi selepas mengikat pasukan JST FC II 1 – 1 di Stadim Sarawak.

Bermain buat julung kalinya di Stadium Sarawak pada sebelah malam, Sarawak bermula garang dengan merancang serangan-serangan berbahaya ke arah pintu gol JDT.

Hasilnya, pada minit ke-25, Aliff Hassan menjaringkan gol pertama Sarawak hasil sepakan sudut untuk meletak pasukan tuan rumah di hadapan.

Sarawak hampir meletakkan diri lebih selesa di hadapan apabila mendapatkan sepakan penalti, namun rembatan Hudson Dias diselamatkan penjaga gol JDT II Muhammad Haziq Nadzli.

Beberapa minit kemudian, JDT berjaya menyamakan kedudukan namun gol JDT dibatalkan pengadil, menyebabkan kedudukan terus kekal 1 – 0 memihak tuan rumah sehingga tamat babak pertama.

Pada babak kedua, kedua-dua pasukan sering berbalas serangan.

JDT kemudian terpaksa bermain dengan sepuluh orang pada minit ke-52 apabila pemain import Bruno Gabriel Suarez mendapat kad merah.

Dengan kemenangan hampir memihak Sarawak, JDT berjaya mendapatkan sepakan penalti pada minit-minit kecederaan apabila dihadiahkan sepakan penalti.

Rozaimi Abdul Rahman mudah menyepak penalti tersebut masuk sekaligus memberi gol penyamaan kepada pasukan pelawat, dan memusnahkan harapan Sarawak untuk menamatkan kemarau kemenangan.

FT SARAWAK FA 1 – 1 JDT FC II

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey