Kelab bola sepak Sarawak United kini menghadapi situasi yang sukar di dalam membentuk persediaan ampuh untuk menyambung semula Liga Malaysia 26 Ogos ini.

Ketua Jurulatih kelab tersebut E. Elavarasan, kini berharap bahawa pasukan bimbingannya mampu untuk mencipta sesuatu apabila liga bersambung kelak.

Situasi Pandemik Covid-19 telah sedikit sebanyak menggangu persediaan pasukan tersebut lapor dengan pemain import mereka, Gabriel Guerra, kini masih terkandas di Argentina.

Guerra dikhabarkan tidak dapat terbang ke Malaysia kerena penutupan sempadan negaranya bagi membendung Covid-19.

Elavarasan dalam pada itu mengakui beliau harus mencari jalan untuk mengharungi baki tujuh perlawanan Liga Premier kelak.

“Ianya adalah misi mustahil untuk mempersiapkan pasukan dengan situasi di Kuching pada masa kini kerana kami tidak dapat mengatur sebarang perlawanan persahabatan ekoran larangan kerajaan” jelas jurulatih berpengalaman tersebut kepada The Star.

“Sesiapa yang masuk ke Sarawak kini perlu dikuaranti 14 hari dan ini mengakibatkan sebarang perancangan untu mengadakan perlawanan persahabatan mustahil.

“Kita sedang mencari jalan penyelesaian, namun ianya tidak ideal. Kita perlu mendapatkan keputusan positif apabila musim bersambung” katanya lagi.

Sungguhpun berdepan misi sukar, Elavarasan masih nekad bahawa pemain beliau kini lebih memahami kehendaknya apabila mereka turun padang dan berkata bahawa pasukannya tidak akan menyerah kalah biarpun situasi kini sememangnya tidak sempurna.

Sarawak United kini di kedudukan kesembilan Liga Premier dengan tiga mata hasil tiga kekalahan dan satu kemenangan.