David sangat kecewa dengan kecederaan Mateo

Ketua jurulatih Sarawak, David Usop telah melahirkan kekecewaan beliau berhubung kecederaan yang menimpa penyerang utama beliau, Mateo Roskam.

David yang ditemuramah Utusan Borneo, menyatakan bahawa berita kecederaan Mateo sememangnya amat mendukacitakan beliau kerana khidmat penyerang import dari Croatia itu amat ditagih apabila Sarawak melayan kunjungan Pahang Sabtu ini.

Tambah David, Mateo dijangka akan direhatkan untuk dua atau dua perlawanan, termasuk perlawanan menentang Pulau Pinang (11 Februari)minggu hadpan.

Sarawak kehilangan Mateo pada perlawanan menentang Kedah minggu lepas, yang mana menyaksikan David berang selepas Mateo mengadu cedera sebelum sepak mula.

Mateo seterusnya diarahkan menjalani pemeriksaan doktor pakar oleh David, yang mana mengesahkan kelmarin bahawa penyerang Croatia tersebut cedera dan perlu direhatkan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top