David bekerja keras baiki kelemahan pasukan

Pasukan Sarawak FA akan memanfaatkan cuti panjang Liga Super 2017 untuk memperbaiki kelemahan yang telah dikesan sepanjang Liga berlangsung, lapor Utusan Borneo.

Ketua jurulatih Sarawak FA, David Usop menegaskan bahawa anak buahnya akan menjalani latihan dan program intensif untuk membaiki jentera serangan dan akan membaiki keyakinan pemain bagi mengharungi baki saingan Liga Super 2017.

Namun, bentuk latihan dan program yang bakal dijalankan untuk meningkatkan keyakinan pemain tidak didedahkan buat masa ini.

David juga mengakui beliau tidak merancang apa apa program latihan istimewa sepanjang liga berehat untuk pasukannya.

Tambah David lagi, pemain-pemain Sarawak dilihat lebih berkeyakinan setelah layak ke peringkat suku akhir Piala FA biarpun kini berada di posisi kedua tercorot di saingan Liga Super.

Pasukan Sarawak dijadualkan akan menentang Terengganu dalam perlawanan pertama Piala FA peringkat suku akhir di Stadium Sultan Zainal Abidin pada 1 April depan, dan akan mengharungi saingan Liga Super semula pada bulan April.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top