Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Samarahan Mohd Iskana Bujang menyangkal tuduhan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais berkenaan tujuan beliau mahu Posa berundur.

Posa sebelum ini menyatakan PBBS mahukannya berundur atas sebab mahu menyelamatkan ‘rakan penyangak’.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Tuduhan Posa itu dinafikan oleh Iskana dalam kenyataan media beliau.  Beliau berkata beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai ahli gabungan FAS di dalam meminta Posa meletak jawatan.

Dalam kenyataan media Iskana berkata bahawa “Saya tidak bertindak untuk bersekongkol dengan sesiapa dalam hal ini. Apa yang saya buat adalah tanggungjawab sebagai ahli gabungan FAS untuk menjaga nama baik Persatuan”.

Iskana dalam kenyataan it juga terus menegaskan bahawa Posa telah gagal menguruskan FAS mengikut perlembagaan FAS dan meminta Posa tidak memutar belit cerita.

Di bawah adalah sebahagian kenyataan media yang pihak kami terima malam tadi untuk bacaan anda.