Biarpun menjadi pasukan baru di dalam Liga Bolasepak Rakyat (LBR), pasukan bahagian terbaharu Sarawak, Serian FA terus gah mengorak langkah di Liga Bolasepak Rakyat Kebangsaan (LBRK).
Hari ini, pasukan Serian FA berjaya menempah tempat ke suku akhir peringkat kebangsaan setelah menumpaskan Keningau dengan jaringan 2-1.
Kemenangan tersebut merupakan kemenangan ke tiga dari enam perlawanan Kumpulan C.
Prestasi yang hebat dari pasukan Serian FA turut menyaksikan mereka mara ke suku akhir LBRK dengan 11 mata hasil 3 kemenangan dan 2 kali seri.
Selaku johan Kumpulan C, Serian FA kini dijangka bertemu Kangar FA di suku akhir pertama LBRK pada 15 April 2017 di laman sendiri di Stadium Mini Serian.
Pada minggu berikutnya, Serian pula akan bertandang ke Perlis untuk perlawanan suku akhir kedua pada 22 April 2017.
Di atas kertas, Serian FA dilihat berupaya memastikan kejuaraan LBRK kekal di Sarawak selepas Kuching FA memenangi kejohanan tersebut pada edisi sulung musim lalu.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Young’s Carlson… anang nyesal auk
Mcm nyindir jk tk
Jagong pun jagong lah
Tahniah
Beza bakat ngn glamor. Glamor x ke cney. Bakat boleh bw team pergi jauh. Stedey babeh!
Terus maju ke hadapan.. Sarawak boleh
Steady Serian.. durik durian tajam
Paul sambang ada…ilek jak..
Pukul berapa main
Stahun pun sik apa jnji buah nya lebat ya yg penting pok
Terbaik serian….
Serian fa. Dh boleh wakil sarawak.
Andy Suarez team tok ka padah ko
Aok lah…serian bah yan…
Terbaik serian