Kuching FA gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tumpas dengan pasukan PJ Rangers dalam saingan Piala FAM petang tadi.
Perlawanan tadi turut menyaksikan bekas penjaga gol pasukan Sarawak, Mohd Fadzley Rahim kembali ke Stadium Negeri sebagai penjaga gol PJ Rangers.
Pasukan PJ Rangers bermula di depan apabila membuka jaringan seawal minit ke- 9 perlawanan.
Mereka sekali lagi di depan apabila menjaringkan satu lagi gol di separuh masa pertama perlawanan.
Kuching FA cuba bangkit untuk menggandakan asakan.
Hasilnya, Kuching FA berjaya menjaringkan gol saguhati pada minit ke 88.
Serangan bertali arus Kuching selepas itu walaubagaimanapun gagal membuahkan hasil dengan perlawanan berkesudahan memihak kepada pasukan pelawat dengan jaringan 2-1.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Berusaha lagi..
Kita dah lawan kalah tak apa
Kalah dilaman sendiri agik kah??
Bruk 2nd game
Perlawanan liga apa tok???piala FA kah??
Tok kuching fa bkan Sarawak fa
Nak power slectcion utk satu sarawak bru ok
Usaha lagi..biar reff berat sblah,,jnji puas ati sapa lawan kita…jgn kalah bulu,jgn undur sapa lawan kita,walau di mana kita brmain..kuching fa pasti boleh…
Biar kalah yg penting kita suda berusaha.perbaiki d mana ksilapan.
[…] Kuching FA tumpas di laman sendiri […]