Challenge Cup dianggap hanya aksi pemanas badan oleh Sarawak FA

Pasukan Sarawak FA tidak meletakkan sebarang sasaran untuk Challenge Cup yang akan berlangsung hari ini.

Menurut akhbar Utusan Borneo, penolong jurulatih Sarawak FA, Denny Da’ail mahu menggunakan kejohanan tersebut sebagai persediaan pasukannya untuk menghadapi perlawanan ‘play-off’ ke Liga Premier musim hadapan.

Beliau walaubagaimanapun mengakui mahu pasukan bimbingannya cuba melangkah sejauh yang mungkin di dalam Chellenge Cup.

Dalam perkembangan sama, Denny juga mengakui bahawa Challenge Cup akan digunakan untuk menguji kemampuan pemain-pemain mudanya.

IKLAN: Sertai SarawakCrocs Fantasy Premier League (ScFPL) dan berpeluang memenangi hadiah berjumlah tunai lebih RM2,000. MAKLUMAT SELEBIHNYA DI SINI.

Menurut Denny “Kita tidak meletakkan sasaran spesifik pada kempen Piala Cabaran 2019 ini namun sudah tentu akan berusaha melangkah sejauh mungkin berbanding pencapaian tahun lalu.

“Kita sebenarnya lebih memfokuskan persiapan menghadapi perlawanan ‘play-off’ untuk kekal dalam Liga Premier musim depan. Itu lebih mustahak.

“Justeru, kita menggunakan kempen Piala Cabaran ini menguji kemampuan pemain-pemain muda dan saya berharap mereka tidak mensia-siakan peluang ini  beraksi dengan sebaik mungkin”.

Sarawak akan bertemu JDT FC II dalam perlawanan pembukaan Challenge Cup hari ini.

Ikuti kami di Instagram: www.instagram.com/sarawakcrocs

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top