Home Malaysian football Peminat Bujang Senang kecewa. Mahu tindakan segera

Peminat Bujang Senang kecewa. Mahu tindakan segera

Peminat pasukan Bujang Senang memenuhi laman-laman sosial bolasepak Sarawak malam tadi sambil meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kekalahan besar pasukan kesayangan mereka kepada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT FC).

Kekecewaan peminat yang dilihat menyaksikan ramai mahukan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengambil langkah drastik untuk merehatkan ketua jurulatih Sarawak, K Rajagobal, dengan sebahagian besar mahukan pasukan Sarawak dirombak secara besar-besaran. Tidak kurang yang sudah pasrah dengan hakikat Sarawak tidak mampu bersaing di Liga Super, dan akan bakal jatuh kembali ke Liga Perdana.

Daripada pengamatan pihak SarawakCrocs, komen-komen juga telah semakin negatif, dengan ada individu turut melahirkan kata-kata kesat terhadap FAS, pemain dan juga barisan kejurulatihan Sarawak.

Kekecewaan peminat sememangnya bertempat selepas Sarawak sehingga kini masih gagal bersaing di Liga Super, sekaligus menyaksikan pasukan tersebut tersungkur terus ke tangga terbawah liga selepas kekalahan 5-2 kepada JDT di Larkin. (Lihat kedudukan Sarawak terkini di sini: fc.sarawakcrocs.com)

Persoalannya sekarang, apakah tindakan yang akan diambil FAS untuk mengembalikan Sarawak ke pangkal jalan?

RECOMENDED LINKS: