Syarikat jualan ice cream gula apong tempatan terkenal di Kuching, DP Ice Cream Gula Apong dilaporkan akan mengiklankan produk dan jenama mereka dalam dua perlawanan home di Stadium Negeri.
Pengiklanan tersebut akan menggunakan papan iklan digital yang akan digunakan menjelang perlawanan pertama di Stadium Negeri menentang Pahang sabtu ini.
Memetik laporan dari Borneo Post, Pengarah eksekutif DP Ice cream gula apong Datuk Paruwadi Musa turut membeli 10 pas bermusim platinum yang bernilai RM3,000 setiap satu sebagai tanda sokongannya terhadap pasukan Sarawak musim ini.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
Timbalan Presiden merangkap Setiausaha Agung FAS, Razali Dolhan turut menyeru lebih ramai syarikat tempatan untuk bersama sama menaja dan mengiklankan produk dan jenama mereka di Stadium Negeri sebagai langkah untuk menambah dana persatuan.
Selain DP Gula Apong, Sarawak FA juga ditaja oleh Sarawak Energy, LSC dan beberapa syarikat tempatan lain.
Admin…..Encik Razali Dolhan ialah Naib Presiden FAS merangkap Setiausaha Agung FAS. Harap maklum.
akan diperbetulkan
Stady admin…..tq sapot Sarawak ibu pertiwi kita. Go sarawak go
Tq atas makluman. Kadang2 sik sedar bila naip.
Mun gia sapalah molah minit mesyuarat Shafiawati N Mohd Hamzah?
Sapa o…..msti ada org lain nak. Boh bising gilak, klak org tauk.
🙊🙊🙊
Duit ada lebih boleh lah
Tahniah Datuk
Nya sorg jk lepak dlm ya,mun xda org lain bli..😃
Harga tiket biasa berapa owh?