Ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan merasakan bahawa bermain bola sepak tidak akan mendatangkan banyak masalah kepada pasukan beliau.
Pindaan jadual Liga Malaysia terbaharu kini menyaksikan pasukan Liga Premier akan berdepan empat aksi pada bulan Ramadan, dan pasukan Sarawak United juga terkesan dengan pindaan tersebut.
Mrnurut bekas pengendali Felda United ini, pasukannya tidak berdepan masalah untuk melakukan persediaan yang lebih konsisten bagi menghadapi perlawanan.
Apa yang pasti ketika ini, beliau mahu barisan pemain tetap mengutamakan tahap kecergasan yang terbaik untuk memastikan tiada lagi kecederaan membelenggu pasukannya khususnya pada bulan Ramadan nanti.
“Untuk saya, tiada masalah pun nak bermain empat perlawanan dalam bulan Ramadan kerana semua pasukan pun berdepan situasi yang sama, jadi tiada apa perlu dirisaukan.
“Cuma untuk sekarang ini, ada beberapa pemain juga berdepan kecederaan, jadi kita kena bersedia dengan perkara-perkara seperti itu untuk memastikan tahap kecergasan pemain tetap di tahap terbaik”, tambahnya.
Sarawak United akan menentang Selangor FC II malam ini, manakala Skuad Projek FAM-MSN pula akan menerima kunjungan Kuching City FC, yang merupakan satu lagi pasukan dari Sarawak.