Hujan lebat dan cuaca buruk menyaksikan perlawanan Liga Premier antara Sarawak United dan Selangor II ditundak ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Keputusan menunda perlawanan tersebut diumumkan oleh Malaysia Football League (MFL) di laman sosial rasminya.

Perlawanan yang sepatutnya diadakan di Stadium Selayang itu sepatutnya bermula pada jam 4 PM tadi, namun hujan tanpa henti, serta kilat mengakibatkan situasi untuk mengadakan perlawanan dianggap merbahaya kepada pemain dan pegawai perlawanan.

“Adalah dimaklumkan bahawa perlawanan Liga Premier 2021 di antara Selangor FC 2 melawan Sarawak United FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang ditunda akibat cuaca buruk dan akan dipinda ke tarikh yang akan ditetapkan oleh MFL nanti.” kata kenyataan rasmi MFL.

Sarawak United kini di tangga kedua Liga Premier dan sepatutnya berpeluang merampas kedudukan teratas liga dari Negeri Sembilan sekiranya berjaya memenangi perlawanan menentang Selangor II hari ini.

Pasukan bimbingan E Elavarasan itu belum tewas setakat ini, dan merupakan satu – satunya pasukan yang belum dibolosi oleh mana – mana pasukan di dalam Liga Premier.