Mantan import pasukan Sarawak FA Mark Hartmann telah memuji peminat pasukan tersebut sambil mengibaratkan mereka sebagai yang terbaik pada pemerhatian beliau.
Beliau yang dihubungi SarawakCrocs memaklumkan bahawa beliau akan kembali ke Filipina di dalam masa terdekat sebelum memikirkan hala tuju beliau.
Menurut penyerang Filipina itu, beliau walaubagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan kembali menyarung jersi pasukan Sarawak FA jika ‘situasi adalah berlainan’ pada masa hadapan kerana peminat Sarawak adalah luar biasa.
Mark yang kini sah bukan lagi pemain Sarawak FA juga berharap pasukan bimbingan David Usop akan berjaya keluar dari zon bahaya dan kekal di Liga Super pada penghujung musim ini.
Tambah Mark, sesungguhnya keputusan yang diingini peminat tidak hadir pada pusingan pertama Liga Super, namun beliau tetap yakin bekas rakan sepasukannya akan bekerja keras untuk memastikan Sarawak FA tidak jatuh ke Liga Premier.
Ketika bersama Sarawak FA, Mark dilihat sebagai seorang pemain yang rajin di atas padang, dan telah berjaya menjaringkan tujuh gol sehingga kontrak beliau ditamatkan oleh pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Hmm… sik faham juak dgn FAS.😅
Adalah msalh dlaman dgn FAS mark tuk…bknnya xperform…mark tuk rsnya sgt bgus dgn srwk mgkin ada slah fhm or msalh dlman dgn FAS.harp FAS pndang serius mslah tuk…
Prestasi tak baik…. Pun sudah main politik
Sapa prestasi sik baik ya boss?
Teamwork x bgus. Main syok sendiri. Perasan bgus sejak gol jarak jauh vs mifa….
Bdoh punya fas..import bgus kasi buang..
Thn 2018 ambik import baru gik.Msuk pertengahan liga,buang gik,ambik baru gik.Msuk thn 2019 ambik bru gik dan seterusnya mcm biasa jak…Management FAS mmg org x tauk psl pentadbiran bolasepak.Yg penting dpt jawatan,duduk dlm opis beraircond.Jgn lupak 2018,bala FAS melancong gik pegi Jepun,Britain,Russia dgn Timor Leste,atas nama belajar..Menghabiskan duit jak..
Yg pelik,management FAS baru dpt jwtn,terus pegi Australia..heran bin ajaib.
Menar kata dirik…fas tok bukan persatuan bola sepak sebenar nya…fas adalah ejen pelancongan utk sidak keluarga elit
Ya la pok…dah kdak syarikat Ali Baba jak FAS nek tok.Zaman arwah Dato Haji Taha dolok,FAS lah persatuan bolasepak disegani team lain,nek tok hancor dh FAS knak org yg x pandey dlm pentadbiran.Bkn mdh dirik pandey tp setiap apa polah cdak nya,smua kta nampak.Bak kata arwah Tok Nan…Ada mata butak,Ada telinga tulik,Ada mulut bisu..Apa dh jadi dgn FAS kita tok.Sedih bena nangga team kita jadi lubuk gol.
Udah bebuih mulut ku madah…fas xkan molah perubahan…sidak nya berapa tahun tok dah molah benda yg sama…mun ktk org x perasan juak nang x tauk lah nak madah apa gik…harap benar fas tok bankrap satu hari kelak sebagai pengajaran bagi sidak nya…
org jk berganti,tp KPI tetap sama..
Sayang 1000 kali sayang……
Hartmann bagus da juak nya rajin atas dbah jak nya kuang kuit .. ny mmpu create chances goal, provide.. bila nya balit ke cf org xda provide ny goal mok nya mpuan juak dribble kkya buka ruang dirik .. bkn nyaman nak berekot sia sitok backup midfield semua. Ia pemerhatian lah game mark.. tkejut nga nya d lepaskan. FAS tok apa sbenar nya? Tido kali nak.
ya Ku mdh…Asal klah import jak Kna…
This man deserved better and stronger team than before