Seorang bekas pemain pasukan Liga Singapura dari kelab Geylang International FC dikhabarkan oleh akhbar Utusan Sarawak bakal mengikuti sesi pengujian pemain petang ini.
Menurut akhbar tersebut, Mark Andrew Calibjo Hartmann bakal mencuba nasib dengan harapan diambil sebagai pemain serangan Sarawak.
Hartmann merupakan warganegara Filipina, yang telah menjadi pemain bolasepak profesional pertama yang bermain di Liga Singapura.
Dilahirkan di Southampton, England, Hartman berdarah kacukan dan pernah berlatih bersama pasukan Portsmouth, Southampton dan Swindon City, sebelum beliau berhijrah ke Manila.
Walaupun hanya berusia 24 tahun, Hartmann juga merupakan seorang jurulatih dan pernah mengemudi pasukan wanita Manila Nomads.
Sebagai penyerang, Hartmann boleh dikatakan berjaya apabila berjaya menjaringkan 36 gol daripada 3r perlawanan, dan pernah menemui belakang jaring tujuh kali untuk pasukan Filipina.
INFO: For updates on football/futsal tournaments, check out our Calendar. For Sarawak 2017 transfer summary, go here.