Seperti yang di war-warkan sebelum ini, Carlos Delgado akhirnya tiba di Kuching minggu ini, dan telah menyertai latihan pasukan Sarawak kelmarin.
Latihan, merangkap sesi pengujian akan memberi peluang kepada Delgado memikat ketua jurulatih Sarawak, David Usop, untuk mengambil beliau sebagai pemain import terbaharu pasukan Bujang Senang bagi musim hadapan.
Delgado yang berumur 31 tahun merupakan bekas penyerang kepada pasukan Liga Singapura, Geylang International FC.
Menurut statistik zerozero.pt, pemain penyerang yang berasal dari Argentina itu telah menjaringkan 5 gol sepanjang musim 2016 daripada 20 perlawanan, dan bernilai lebih kurang EUR100,000.
Beliau juga pernah bermain bersama beberapa kelab Liga Singapura lain seperti Tanjong Pagar dan Hougang United.
INFO:For updates on football/futsal tournaments, check out our Calendar. For Sarawak 2017 transfer summary, go here.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




5 gol lam 20 match..adui
5 gol dalam 20 main..kureng betul…cari lain…kalau 7 game 5 gol kira ok…
Ambik jak pemain asia mcm dr korea kah,japan kah..
Setuju
Mun xpat honda,yamaha pun bolehh..
Nang sik brapa ia lah slalu pindah2 kelab
Cari penyerang yang mampu jaring gol bukan setakat 5 gol jak
Ivan ex plyer swk..16 gol .top 3 top score dlm liga perdana..
Ambik jak cdak pemain asia.cdaknya lgk bgus main.mun ble ambik pemain muda lh.
mcm x guna jak ambk nya tok haha
5 gol dlm 20 pelawanan…bukan lh seorang penyerang yg tajam…
Pemain Asia maybe lebih memahami corak permainan team dalam Liga M…
Player ni last main kat liga mna mesti dia hebat main kn
Ambik la Maradona ka
Ambik Kagawa oi !
Cuba ambik player arab …player dri arab rajin berbnding ngn negara asia mcm korea n japan…iran n uae bgus
Ambi aja Pele main.pakey reserve pun boleh
Ambik balit ali rezza sak nya jual karpet dari Iran.
[…] *on trial* [News] FW – Ivan Babic *on trial* [News] FW – Carlos Delgado *on trial* [News] MF – Aitor Ramirez *on trial* […]