PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pasukan KuchinG City belum lagi mahu menyerah dalam misi melayakkan diri ke Piala Malaysia musim ini.

Dengan tinggal dua perlawanan dalam tangan, pasukan bimbingan Irfan Banti itu perlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan diri di Piala Malaysia.

Promosi RM1

Penolong ketua jurulatih Kuching City, Sulaiman Hussin, berkata pasukannya perlu memastikan kesilapan dalam baki dua perlawanan dikurangkan.

Beliau mahukan pemain beliau fokus dan sekaligus memastikan The Cats akan ke Piala Malaysia buat kali kedua dalam sejarah penubuhannya.

“Bagi saya, pemain perlu terus memberikan fokus bagi mengharungi baki dua perlawanan dalam memastikan misi Kuching City FC layak ke saingan Piala Malaysia.” katanya selepas perlawanan menentang Terengganu II.

“Apa pun supaya kesilapan-kesilapan yang kita lakukan ketika berdepan TFC II tidak berulang ketika kita berdepan lawan lain selepas ini dalam usaha kita meraih tiga mata yang cukup berharga,” katanya lagi.

// LIHAT PROMOSI SHOPEE TERMURAH HARI INI

Kuching City sudahpun terlepas kelayakan ke Liga Super musim hadapan, namun masih berpeluang melayakkan diri ke Piala Malaysia sebagai lima pasukan terbaik yang bukan pasukan simpanan di Liga Premier.

Kelab yang dimiliki Fazzruddin Abdul Rahman itu merupakan kelab yang bermula dari liga Bolasepak Rakyat, dan kini sudah memiliki beberapa piala domestik di peringkat amatur dalam genggaman.

Perlawanan seterusnya akan menentukan samada Kuching City boleh melayakkan diri ke Piala Malaysia dimana mereka bakal berentap menentang Perak II dalam perlawanan di Stadium Pasir Gudang.