Ashley teruja dengan cabaran di Liga Malaysia

Ketua Jurulatih Pulau Pinang yang baharu, Ashley Westwood mengakui beliau amat teruja dengan cabaran yang bakal beliau harungi di Liga Malaysia bersama Pulau Pinang.

Beliau yang hadir di sidang media Persatuan Bolasepak Pulau Pinang sebentar tadi memberi jaminnan bahawa beliau akan melakukan tugas beliau dengan penuh dedikasi dan kegigihan, di samping berharap mampu membantu pasukan Pulau Pinang mencapai potensi yang tertingi.

Tambah Ashley, apa yang beliau lakukan ketika bersama kelab Liga India, Bengaluru FC, bakal beliau lakukan di sini kerana wujud beberapa persamaan di antara pasukan tersebut dengan pasukan Pulau Pinang.

Beliau juga mendedahkan bahawa beliau belum dapat menamakan pasukan Pulau Pinang bagi musim 2017, namun memaklumkan bahawa semua pemain sedia ada akan diberi peluang untuk membuktikan kemampuan semasa sesi latihan pra-musim dalam dua hingga tiga minggu akan datang.

Ashley turut mengesahkan bahawa pasukan bimbingannya kini sedang mencari tiga lagi pemain import.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top