Home Malaysian football Pulau Pinang FA tersenarai sebagai antara memiliki laman web bolasepak terbaik

Pulau Pinang FA tersenarai sebagai antara memiliki laman web bolasepak terbaik

Dengan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016 (ABK2016) mendekati tarikh majlis, yakni pada 23 Disember ini, beberapa pencalonan untuk pemenang anugerah-anugerah khas mula diketahui.

Dalam pada itu, laman web Persatuan Bolasepak Penang di www.fapenang.my telah disenaraikan di dalam kategori Laman Web Terbaik yang dipertandingkan buat pertama kalinya dalam ABK2016.

Selain daripada laman web Pulau Pinang, turut tercalon di dalam kategori sama adalah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Sime Darby FC, Selangor FA dan Terengganu FA.

Lima calon kategori ini akan diundi oleh 24 wakil media, dan keputusan undian akan diumumkan sewaktu Undian Piala FA pada 22hb Disember 2016 bertempat di Geno Hotel, Subang Jaya.

INFO: For updates on football/futsal tournaments, check out our Calendar. For Sarawak 2017 transfer summary, go here.

Previous articleSemua pemain import percubaan dihantar pulang
Next articlePJ Rangers starts showing other clubs how to sell their club brand right