Liga Bolasepak Inggeris (EFL) akan mengaksikan perubahan kepada format mengambil sepakan penalti pada musim akan datang.

Format terbaharu itu akan menyaksikan sepakan penalti kini diambil mengikut format ABBA, berbanding format ABAB pada masa kini.

Format ABBA menyaksikan pemain mengambil sepakan secara set pasangan bergilir dengan pemain pasukan A mengambil sepakan dahulu, dan diikuti dengan sepakan pemain dari pasukan B, untuk set sepakan penalti pertama.

Untuk sepakan penalti set kedua, pemain pasukan B akan mengambil sepakan dahulu, dan ini diikuti pemain pasukan A, dan corak sepakan diteruskan sehingga lima set sepakan penalti selesai diambil.

Adalah difahamkan bahawa UEFA telahpun dengan jayanya membuat percubaan untuk sister terbaharu itu, dan ianya mendapat sokongan Persatuan Badan Bolasepak Antarabangsa (IFAB).

Perubahan format tersebut dilakukan ekoran hipotesis yang menyatakan bahawa pemain bolasepak mempunyai tekanan lebih apabila mengambil tendangan penalti.

EFL dalam pada itu menetapkan bahawa pertandingan Piala Carabao, Piala Checkatrade and dan play-off Sky Bet akan menggunakan format sepakan penalti yang baharu itu.

Jika tempoh percubaan format sepakan penalti itu berjaya di EFL, adalah tidak mustahil ianya akan dikembangkan ke pertandingan lain di serata dunia. – sarawakcrocs.com

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE

3 COMMENTS

Comments are closed.