Alan Lagang semakin hampir wakil Malaysia

Pemain muda dari Sarawak, Alan Lagang Keryer kini semakin hampir diserap ke dalam pasukan skuad B-19 kebangsaan apabila beliau berjaya menambat hati ketua jurulatih pasukan berkenaan, Brad Maloney.

Ini berikutan pemilihan Alan sebagai antara 30 pemain yang disenarai pendek untuk menyertai Fasa 2 sesi latihan bagi persediaan pasukan tersebut menjalani Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020.

Senarai baharu ini menyaksikan lima pemain dari senarai 35 digugurkan oleh Maloney.

Fasa 2 akan menyaksikan anak mantan pemain bola sepak Sarawak ini berlatih selama empat minggu dari 3 Ogos 2020 hingga 30 Ogos 2020 di Wisma FAM sebagai persediaan pasukan Harimau Malaya B-19 menentang Uzbekistan kelak.

Selepas selepasi pemilihan Fasa 2, Maloney akan meneruskan kem latihan pusat Fasa 3 pada September 2020 bagi memilih senarai akhir 23 pemain yang akan ke Uzbekistan.

Perlawanan menentang Uzbekistan dijadualkan pada 14 hingga 31 Oktober 2020.

Anak kepada Keryer Meriya ini merupakan antara bintang baharu bola sepak Sarawak dan beliau pernah dipilih sebagai pemain terbaik pada kejohanan Piala Abang Jo 2019, dan pernah diserap ke pasukan Piala Belia dibawah kendalian Safri Amit.

Kini Alan bermain untuk pasukan Liga Premier, Sarawak United FC.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top