Dollah Salleh akan menjadikan pertandingan Piala Malaysia sebagai tempat utama beliau untuk mencari pemain kebangsaan di bawah kendaliannya.

Menurut informasi yang dikhabarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dollah akan menyimpan sekitar 60-70 peratus pemain dalam Harimau Malaya, sambil memberi peluang kepada muka baru jika menyerlah di dalam Piala Malaysia kelak.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Pemain pilihan Dollah akan dipanggil untuk latihan berpusat pada 6 Ogos 2014.

Dalam pada itu, Malaysia akan membuat perlawanan persahabatan menentang Tajikistan pada 8 Ogos 2014, sebelum berdepan Jordan dalam satu perlawanan persahabatan kelas A pada 11 Oktober kelak.

Dua pertandingan itu akan digunakan sebagai persediaan skuad kebangsaan di dalam Pertandingan Piala AFF Suzuki 2014, di mana FAM menyasarkan Dollah membawa skuad kebangsaan ke peringkat akhir pertandingan.

Dollah merupakan jurulatih baru skuad Harimau Malaya dan beliau menggantikan jurulatih interim, Ong Kim Swee yang kini lebih menumpukan kepada skuad Harimau Muda negara.

Gambar ehsan FAM.