16 JUN – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiga pemain pasukan Kuching FA, dari Sarawak akan digantung selama minimum tiga bulan ekoran tindakan melulu ketika perlawanan Piala FAM 2017 di antara Kuching FA dan SAMB FC pada 20 Mei 2017 lalu.
Berikut adalah hukuman dan pertuduhan yang diberikan keatas ketiga-tiga pemain tersebut:
Mohammad Shafitri Bin Salim (Kuching FA)
Kesalahan: Berkelakuan ganas dengan sengaja memijak Pemain Jersi No. 13 dari Pasukan SAMB FC (Hafizuddin Bin Mohamad Said) sehingga menyebabkan kecederaan yang serius
Hukuman: Penggantungan daripada bermain di dalam Perlawanan Rasmi dan Tidak Rasmi i.e. Perlawanan Liga Malaysia dan Perlawanan Persahabatan selama enam (6) bulan berkuatkuasa mulai 15 Jun 2017 sehingga 14 Disember 2017 dan didenda sebanyak RM10,000.00
Remenor Bin Pit (Kuching FA)
Kesalahan: Berkelakuan ganas (dengan sengaja mencekik pemain lawan)
Hukuman: Penggantungan daripada bermain di dalam Perlawanan Rasmi dan Tidak Rasmi i.e. Perlawanan Liga Malaysia dan Perlawanan Persahabatan selama tiga (3) bulan berkuatkuasa mulai 15 Jun 2017 sehingga 14 September 2017 dan didenda sebanyak RM5,000.00
Rafiezan Bin Razali (Kuching FA)
Kesalahan: Berkelakuan ganas (dengan sengaja menyiku pemain lawan)
Hukuman: Penggantungan daripada bermain di dalam Perlawanan Rasmi dan Tidak Rasmi i.e. Perlawanan Liga Malaysia dan Perlawanan Persahabatan selama tiga (3) bulan berkuatkuasa mulai 15 Jun 2017 sehingga 14 September 2017 dan didenda sebanyak RM5,000.00
Penggantungan ketiga-tiga pemain tersebut dijangka akan menggangu persiapan Kuching FA di dalam Liga FAM kelak.