16 Jun – Pasukan Sarawak FA tewas memgejut 6-1 kepada pasukan belia Sabah FA (yang bermain di Piala Presiden) kelmarin di dalam perlawanan persahabatan di Stadium UMS. 

Perlawanan yang dijangka akan menyebelahi pasukan pelawat itu menyaksikan ketua jurulatih Sarawak FA, David Usop melakukan perubahan besar-besaran kepada barisan pemainnya dalam usaha memperbaiki kecergasan pemain. 

Dalam pada itu, David telah menurunkan pemain-pemain muda beliau yang jarang beraksi, dengan hampir semua pemain-pemain utama, termasuk pemain import bukan Asia Sarawak FA, tidak tersenarai. 

Antara yang diturunkan pada perlawanan malam tadi adalah penyerang import baharu Sahil Suhaimi, dan pemain-pemain muda seperti Alexander Jerome, Nur Shamie Iszuan, Rodney Calvin, Mazwandy Zakeria, Mohd Alif Hassan, dan Dalgish Papin. 

Langkah David itu nyata membawa padah apabila pasukan bola sepak bawah-21 Sabah FA menggunakan kelebihan biasa bermain sesama sendiri untuk mengatur langkah, sekaligus menyaksikan gawang Sarawak FA yang dikawal Zul Mohi bocor sebanyak enam kali. 

Gol saguhati pasukan Sarawak FA telah dijaringkan Rodney Calvin pada minit ke-44. 

Biarpun perlawanan malam tadi hanyalah perlawanan persahabatan, kekalahan teruk kepada pasukan belia Sabah FA itu sudah pasti akan memberi tamparan hebat kepada Persatuan Bolasepak Sarawak dan David. – sarawakcrocs.com 

106 COMMENTS

  1. DU dah macam Rajagopal pulak byk ‘experiment’…kasi keluar itu coach DU..mun macam ya main nk gi stadium pun malas…adeiiii….

  2. Apa polah sidak.lamak.cuti…liga super nak start balit dah..gine gaya..lwn persahabatan pun kenak ulam terok..gine kelak liga super ngan piala malaysia..silap2 turun liga perdana..piala malaysia gagal ke pusingan ke 2..

  3. Malu Nengar knk ulam yA koh… Ngembak Nama Team Sarawak FA .. Xdpt nk terimak kptsn nk mcm tk..sungguh player dgn barisan jurulatih xmaok Kalah.. Tp bukn nk mdh xda usaha… Usaha Ada.. Tp semangat nk main ya Xda.. Spttnya bila dh main utk state main bena2 Penuh Semangat!! Kptsn Xkan jd mcm ya..

  4. Berdasarkan kpd keputusan perlawanan2 Sarawak musim tuk, Coach DU sepatutnya telah direhatkan..atau beliau sendiri mengundur diri demi kepentingan pasukan.

    Akan tetapi, xda pun kita nengar FAS bertegas ke atas perkara tuk… Di mana kah output pasukan & barisan kejurulatihan? Apa kah kaedah penilaian oleh FAS? KPI? result Oriented?

  5. Buka mata FAS jauh juak standard liga super dengan team belia..6-1 pok..walaupun ko nurun semua pemain reserve..sik patut kalah…adehh pedih naa hati tok..

  6. Dah la. Malas nk nganok gik. Bagus bubar jak team. Iboh join mana2x league. Bertapa lok sementara. Bikin malu saban hari. Gaji sik cukup atau sik di bayar atau kitak orang mmg kaki bangku kdk kmk orang penonton dan penyokong tok kah???

  7. Lawan sabah 21u pun tak blh pergi,mcm mana nak kekal liga super.kena belasah pula tu.buat malu je.jgn mimpi lah kalau mcm tu nak kekal liga super.pasukan lain mencr peluang pemain import yg terbaik dan pemain tempatan,david usop asyik simpan perut buncit dia,fas asyik masukan duit dlm poket.lps ni jgn haraplah satdium nak pernuh mcm selalu.

  8. Persahabatan saja…bukan apa pun.kecederaan tu yang harus dielakan.cuma mau lihat kecerdasan pemain je.mana kelemahan,kekuatan, kekurangan,strategi ok ke tak,skil dsb nya lah…

  9. Sungguh memalukan,apa lg alasan David usop lps tu…pmain main mcm apa,main mcm budak sklh rendah….lps ne stadium negeri x ada pnonton lh…abis sja duit nk byar tiket klu time swk main mcm budak sklh rendah…

  10. miak baru abis Tingkatan 5 tahun 2016 pun x dpt nk dikalah.. habis lah Sarawak lepas tok.. jgn haraplah nak menang lawan team JDT, Selangor.. bodoh lah bodoh…

  11. Walaupun perlawanan persahabatan, turun pun skuad ke 2, sikkan la taktikal smpe kena 6 gol ya. Agak2 la juak. Musim tok dh lah nk seri pun susah, jauh sekali la nk menang. DU ya udah g la mbak perut ya. Bgs anta jk g surat mun dh FAS ya buta. Sama kita tok org Sarawak. Sama juak sayang ngn Team Sarawak. Mun syg, berundur g lah. Jgn makin anco

  12. Kenapa x guna keeper shahril saahari?lagipun senarai kesebelasan utama ramai nama yg baru.yg x tersenarai utk liga super.main dgn bbrpa player lama+baru.mmg blm ada keserasian.3 import x main cuma shahil suhaimi.keeper zul b mohi rasanya blm sedia utk beraksi sbb klu sharil shaari x bolos smpi 6.apa2 pun hrp yg terbaik utk team srwk..

  13. Mri malu jak,lwn liga perdana sabah pun kalah. Ingatkn mnang lwn belia sabah..truk g kna blasah..hahahah..bersedialh 2run liga perdana sarawak..hhahaha..pentanda awl srwk msuk dlm gua .hahahah

  14. Hahahaha…makin kacak swk main ….. Terbaik David usof….mun dpt amalkan salu….bila gik ko nk srh team swk nombor 1… Xdpt nombor 1 diatas…di dibah Jdlah….org swk sentiasa menyokong kau David usof …..lepas raya tok dah stat piala Malaysia…. Siboh gago menamg….seri dgn kalah ckp…… David usof tehebat termacor terbaik…semua David usoflah….penyokong yg dtg ke stadium pun semua nama David usoff…hahaha….malas nk nganok gilak…puji mcm tok bgs

  15. hahahaha x tauk nak madah apa gik…. nampak gilak dah jatuh era kegemilangan sarawak fa …you…youu ..pastok kalak gik boh alang2 10-0 terus …mun agik mcm ya ..boh mimpi nak mengapai impian …otedah kasehhh 6-1. tetak org sama nanga team liga super knk ulammm …sok kuar berita

    SQUAD BELIA SABAH AJAR SARAWAK FA MAIN BOLA

    .

  16. Friendly match ajak ya bah..Sabar Sarawak dlm liga bok tauk.maybe player gk trauma lekak kejadian d sabah..harap besabar.i believes Sarawak can do better.

Comments are closed.