Pasukan Sabah FA sekali lagi menewaskan Sarawak FA di dalam aksi perlawanan persahabatan. 

Menurut laporan yang diterima daripada rakan kami di Likas, Sabah FA mendahului melalui jaringan Lee Gil Hoon pada babak pertama.  

Tugas Sarawak FA semakin sukar apabila kesilapan bahagian pertahanan menyaksikan gol sendiri  dijaringkan pemain Sarawak FA pada minit ke-66, sekaligus menyaksikan perlawanan memihak 2-1 kepada tuan rumah. 

Mateo Roskam berjaya merapatkan jurang jaringan pada minit ke 76, namun jaringan tersebut hanyalah gol saguhati, dengan pasukan Sarawak FA tewas di dalam aksi pemanas badan sulung di Sabah kali ini. 

30 COMMENTS

  1. kalah sebab trauma sebelom game bas team kita knak lantak motosikal dri blakakang…pasya org yg mlantak ya mati ditempat kejadian…time bas team kita ontway ke stadium…alfatihah or takziahhh buat penunggang motosikal yg maut ya…

  2. Semalam game pakai baju Hitam

    Secara kesuluhan permerhatian dari atas stadium posisi kucar kacir.

    Bahagian tengah hancur.

    Wing kanan bagus, suara tiada semengat sereta kesungguhan masih boleh ditingkatan.

    Bottom line pemain import Sabah lebih menyerlah dan sangat aktif dipadang huhu.

    Sabah 2 – 1 Sarawak.

  3. Macam ne nak molah ohhhhh????? Belum lawan JDT Pahamg Kedah …habis kita next year lawan Kuantan FC jak lah

Comments are closed.