LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Ralat: Berita ini pada awalnya telah menyebut bahawa SMK Sg Maong layak ke separuh akhir, namun ini adalah satu ralat & ianya telah diperbetulkan dalam artikel dibawah. Pasukan SMK Matang Hilir yang telah layak ke akhir.

Tiga pasukan bola sepak Zon B Kuching hari ini memastikan tempat mereka di perlawanan separuh akhir Pertandingan Bola Sepak MSSM 15 Tahun kebawah 2022 yang berlangsung di SMK Matang Jaya, Kuching hingga Jumaat ini kelak.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Pasukan tersebut adalah pasukan tuan rumah, SMK Matang Jaya, serta dua pasukan lain SMK Petra Jaya dan SMK Matang Hilir.

SMK Petra Jaya melayakkan diri ke pertandingan spearuh akhir yang akan dimainkan esok dengan rekod tanpa kalah selepas menewaskan SMK Sg Maong dan SMK Matang Hilir, manakala kemenangan tunggal SMK Matang Hilir ke atas SMK Sg Maong sudah cukup untuk memastikan pasukan tersebut layak ke separuh akhir kumpulan tiga pasukan itu.

Dalam Kumpulan B, SMK Matang Jaya melayakkan diri ke separuh akhir apabila mengutip tujuh mata melalui keputusan seri menentang SMK (A) SHOAW, dan dua kemenangan ke atas SMK (A) Matang 2 dan SMK Batu Lintang.

Satu lagi pasukan yang bakal mengiringi SMK Matang Jaya ke perlawanan separuh akhir akan ditentukan pada pagi esok apabila SMK (A) Matang 2 bertemu SMK (A) SHOAW.

Pertandingan Bola Sepak MSSM 15 Tahun kebawah 2022 dijangka akan menutup tirai pada Jumaat ini.

Sumber gambar: SMK Matang Jaya