LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pasukan Liga Super, Sarawak United dan Melaka United diberi sehingga akhir bulan ini untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain mereka.

Jika gagal, kedua – dua pasukan akan berdepan dengan larangan perpindahan pemain pada 1 Februari 2022.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Menurut laporan BERNAMA, yang memetik Pegawai Eksekutif Malaysia Football League (MFL), Stuart Ramalingam, kedua – dua pasukan akan kemudiannya diberi 14 hari lagi untuk menyelesaikan semua tunggakan gaji pemain mereka.

Jika masih gagal, kedua – dua pasukan akan dikenakan pemotongan mata oleh pihak MFL.

Stuart turut mendedahkan persetujuan yang dicapai dengan Sarawak United yang mana dilaporkan telah ‘menyelesaikan isu tunggakan gaji pada Disember lalu‘ dimana beliau mendakwa Sarawak United dan pemain – pemainnya telah sepakat menyelesaikan masalah tunggakkan gaji dalam satu terma yang dipersetujui bersama.

Jelas Stuart, buat masa ini, 15 pemain dan pegawai telah siap dibayar penuh, dan yang selebihnya sepatutnya dibayar sebelum 31 Januari 2022.

“Pada hujung tahun lepas, Sarawak masih berhutang dengan 39 pemain dan pegawai. 15 dari mereka telah menerima bayaran penuh. Saya sedang bekerjasama dengan PFAM (Professional Footballers Association of Malaysia) dalam hal ini. Semua yang lain mesti dibayar penuh sebelum 31 Januari ini” kata Stuart.

Stuart juga menyatakan selain Sarawak United dan Melaka United, satu lagi pasukan yang mempunyai masalah tunggakan gaji adalah Perak, dengan masalah Perak juga diselesaikan dengan cara sama.