LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab Liga Super Sarawak United telah mengumumkan sebanyak enam pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan tersebut dalam menghadapi kempen Liga Super 2022 musim ini.

Pemain – pemain tersebut adalah:

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI
  • Tauffiq Ar Rasyid Bin Johar
  • Ahmad Tasnim Fitri Bin Mohd Nasir
  • Muhammad Amirul Ashraf Bin Ariffin
  • Kalaiharasan A/L Letchumanan
  • Raja Imran Shah Bin Raja Amin
  • Ahmad Khairil Anuar Bin Ahmad Zamri

Mengetuai senarai pemain baharu yang dibawa masuk kelab tersebut adalah Tauffiq Ar Rasyid. Taufiq merupakan penjaga gol kelahiran Selangor yang pernah berkhidmat juga bersama PKNS.

Turut dibawa masuk adalah pemain kelahiran Kelantan, Ahmad Tasnim, yang juga merupakan bekas pemain pertahanan pasukan Negeri Sembilan.

Pemain ketiga yang dibawa masuk adalah Amirul Ashraf yang merupakan pemain pertahanan kelahiran Selangor, yang pernah bermain Perak II, UiTM dan pasukan Harimau Muda.

Seorang lagi pemain pertahanan yang dibawa masuk adalah Kalaiharasan. Beliau merupakan anak Negeri Sembilan dan pernah dibawa masuk untuk bermain dengan pasukan Harimau Muda, Negeri Sembilan, PDRM dan UKM.

Turut dibawa masuk dari Negeri Sembilan adalah Raja Imran yang juga merupakan pemain.

Akhir sekali, Ahmad Khiril merupakan pemain tengah kelahiran Perak yang pernah bermain bersama Petaling Jaya City dan juga pasukan kebangsaan.

>> BELI JERSI SARAWAK UNITED 2022