Zinedine Zidane dilantik sebagai jurulatih baru Real Madrid

Pasukan gergasi Eropah Real Madrid telah bertindak memecat Rafael Benitez sebagai jurulatih mereka berkuat kuasa hari ini.

Tugas Benitez dalam pada itu akan diberikan kepada jurulatih baru Zinedine Zidane, yang juga merupakan lagenda bolasepak Perancis.

Sungguhpun dipuja sebagai pemain, karier Zidane di dalam bidang pengurusan bolasepak amat sedikit, sekaligus menyaksikan ramai pihak merasakan pemilihan beliau sebagai pengganti Benitez sebagai satu risiko yang besar.

Namun demikian, Zidane bukanlah asing di dalam pengurusan pasukan Real Madrid kerana beliau telah berkhidmat selaku jurulatih pasukan Real Madrid B sebelum ini dan pernah menjadi staf sokongan kepada Carlo Ancelotti.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top