Bekas pemain Real Madrid kini ‘milik’ Stoke City

Stoke City hari ini telah mengumumkan perpindahan secara pinjaman, penyerang Sepanyol, Jese Rodriguez.

Bekas bintang Real Madrid itu dipinjamkan dari pasukan Paris Saint-Germain (PSG) selama semusim, sekaligus menjadikan beliau pemain keenam menyertai pasukan bergelar ‘the Potters’.

Pada musim lalu, Rodriguez telah dipinjamkan PSG ke pasukan Las Palmas, dan sebelum itu, beliau telah bersama Real Madrid selama lima tahun.

Ketua Eksekutif Stoke Tony Scholes dalam pada itu menyatakan beliau amat teruja Rodriguez telah bersetuju menyertai Stoke City, sambil menambah bahawa penyerang tersebut sememangnya menjadi idaman beberapa kelab lain. – sarawakcrocs.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top