Sarawak United baru – baru dipercayai telah membawa masuk seorang lagi pemain import baharu daripada Jepun.
Pemain yang dikenali sebagai ‘Yuta’ itu tidak diumumkan secara rasmi kemasukannya ke dalam pasukan Sarawak United.
Dalam imej yang dikongsikan oleh kelab tersebut, Yuta diletakkan sebagai pemain penyerang serta sayap dan penglibatan beliau dengan kelab Sarawak United hanya dimaklumkan kepada peminat bola sepak Sarawak dan Malaysia melalui imej profil ringkas pemain tersebut seperti kelihatan di bawah.
Adalah difahamkan pemain itu kini telah menyertai sesi latihan pasukan tetapi status beliau secara umumnya belum disahkan secara rasmi oleh kelab, melainkan melalui imej yang dikongsikan.
Sarawak United telah memperkemaskan barisan pasukan tersebut semasa pertengahan musim ini dengan mengambil masuk tidak kurang tiga pemain baharu.