Sarawak United ke Semenanjung Malaysia

Kelab bola sepak Liga Premier, Sarawak United FC, sah akan ke Semenanjung Malaysia untuk sesi persediaan kelab tersebut.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pengarah Sarawak United, Posa Majais yang memaklumkan akhbar termpatan bahawa pihaknya sudah memuktamadkan keputusan tersebut.

Menurut laporan akhbar termpatan, keputusan memindahkan latihan Sarawak United ke Semenanjung Malaysia dibuat susulan perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Mac ini.

“Kita telah memuktamadkan keputusan bahawa sesi latihan pasukan akan berpusat di ibu negara.” kata Posa di dalam satu artikel yang dibawakan media tempatan.

“Jika kita berlatih di sini (Kuching) ia membataskan persiapan pasukan untuk menghadapi kempen Liga Malaysia 2021,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Posa juga dilaporkan sebagai menyatakan bahawa keperluan kuarantin bagi pemain serta pegawai apabila mereka ke Kuching akan menekan pihaknya dari segi kos.

Ini adalah kerana semua pegawai dan pemain perlu menjalani kuarantin selama sepuluh hari.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top