Pasukan Yayasan Sarawak dinobatkan sebagai juara Liga Kuching edisi 2019 selepas menewaskan 4 – 3.
Yayasan yang terpaksa bermain dengan hanya 10 orang pada sebahagian besar babak kedua akibat seorang pemain dibuang padang, memulakan perlawanan dengan langkah kiri apabila Muhd Alif Salim menjaringkan gol pertama bagi pasukan Pantai Damai seawal minit ke-20.
Fikri Zulfika menyamakan kedudukan bagi pasukan Yayasan Sarawak 12 minit kemudian, namun Pantai Damai terus meletakkan diri di hadapan dengan dua gol hasil jaringan Wan Badzeen pada minit ke-59, dan sepakan penalti Awang Kamaruddin pada minit ke-66.
Dengan pasukan Pantai Damai semakin menghampiri kejuaraan, Mohd Hadera berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke-74, sebelum Mohd Dzulazlan Ibrahim menyamakan untuk Yayasan Sarawak pada minit ke-83.
Dengan kedua-dua pasukan kini terikat 3-3, Hadera muncul wira pasukan Yayasan Sarawak dengan merembat masuk gol kemenangan pada minit ke-90, sekaligus memberikan pasukan Yayasan Sarawak kejuaraan Liga Kuching untuk tahun 2019.