Pasukan Kolej Vokasional (KV) Malaysia menamatkan aksi di Pertandingan Bola Sepak Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2019 kelmarin dengan kekalahan kepada pasukan Majlis Sukan Malaysia.

Pasukan KV Malaysia yang turun dengan pemain bawah 19 tahun gagal menandingin pemain-pemain yang MASUM yang lebih sasa dan berpengalaman, sekaligus menyaksikan pasukan tersebut tewas 2-1.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Pada perlawanan tersebut, Rick Lihan Raymond sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring apabila beliau berjaya menanduk masuk bola untuk gol saguhati pasukan KV Malaysia.

Jaringan Rick adalah jaringan ketiga beliau sepanjang kejohanan yang mana beliau telah menjaringkan satu gol dalam setiap perlawanan KV Malaysia pada SIPMA 2019.

Jurulatih KV Malaysia, Hakimi Man, ketika dihubungi melahirkan kekecewaantidak dapat mara ke aksi separuh akhir, namun tetap bangga dengan barisan pemainnya yang beliau ibaratkan sebagai mempunyai tahap keyakinan dan semangat juang yang tinggi.

Beliau dipetik sebagai berkata “Biarpun kecewa gagal mara ke separuh akhir tetapi kami amat bangga dengan tahap keyakinan tinggi dan semangat juang barisan pemain muda ini.”