Ketua jurulatih pasukan UKM FC melahirkan perasaan bangga beliau berjaya mencuri mata dari Kuching.

Menurut ketua jurulatihnya, Sulaiman Hussin, mendapat satu mata selepas tewas dua kali berturut – turut sememangnya melegakan.

Beluay yang ditemui selepas perlawanan di Stadium Negeri berkata bahawa anak buahnya telah berusaha bersungguh – sungguh sungguhpun keadaan pasukan dalam keadaan kurang baik dan hampir beroleh kemenangan jika pasukan tersebut berjaya memanfaatkan peluang pada minit – minit akhir perlawanan.

“Tahniahlah kepada pasukan saya sebab selepas dua kekalahan kita beroleh mata. Kita tak sasar untuk seri, tapi kita mahu mata.” kata Sulaiman selepas perlawanan Sarawak United menentang UKM FC.

“Dengan pasukan serba kekurangan, meeka bermain dengan bersemangat. Saya sangat bangga dengan pemain saya.

“Di hujung perlawanan kita hampir mencetak kemenangan, namun saya tak akan mempersalahkan pemain saya kerana mereka telah berusaha.

“Sebenarnya hari ini baru saya dapat pasukan penuh. Sebelum ini, termasuk perlawanan persahabatan, saya tidak dapat menurunkan pasukan penuh saya.

“Saya tak dapat pun empat pemain pertahanan utama saya. Malahan Reuben baru turun hari ini, Terrence pun baru turun buat kali pertama.”katanya lagi

Sulaiman juga memuji pasukan Sarawak United yang dikatakan bermain dengan baik dan mempunyai banyak peluang.

“Sarawak juga bermain dengan baik sebenarnya. Ada satu ketika kami pun bernasib baik kerana mereka (Sarawak) hampir menjaringkan gol.

“Sungguhpun demikian, pertahanan kita berjaya mengekang mereka. Secara umumnya, perlawanan malam ini baik dengan kedua – dua pasukan saling berbalas serangan” tambah Sulaiman lagi.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sarawak United, E Elavarasan akur dengan keputusan seri itu.

Beliau dipetik berkata bahawa pasukkanya telah berusaha, dan adalah penting untuk pasukannya memperolehi kemenangan.

Beliau juga mahu memandang kepada memperolehi kemenangan untuk perlawanan akan datang.

“10 minit terakhir kita telah cuba juga, dan ramai juga telah berusaha, namun kita ditidakkan oleh tiang. Benda ini tak jadi. Secara keseluruhannya, adalah penting untuk kita menang. jika kita menang, keyakinan kita akan naik dengan lebih baik dan kini kita kena melihat kepada perlawanan akan datang.” kata Elavarasan selepas perlawanan.