PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK TERKINI DI TELEGRAM MySARAWAK .

Penyerang sensasi Sarawak United FC, Uche Agba, telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Premier PFAM-ASIANA.MY Edisi April 2021.

Pemain Nigeria itu mendapat anugerah tersebut selepas mengutip jumlah undi tertinggi bagi anugerah tersebut.

Promosi RM1

Uche mengutip 14,609 (55.37%), sekaligus mengatasi pencabar terdekat, Jordan Mintah dari Terengganu FC 2.

Uche kini merupakan penjaring gol terbanyak dalam pasukan Sarawak United, dan berkongsi kedudukan kedua sebagai penjaring terbanyak dalam Liga Premier dengan Fernando Rodriguez dari JDT II.

Adalah difahamkan Uche kini sudah selamat kembali ke Malaysia untuk meneruskan aksi beliau bersama kelab Sarawak United selepas dilaporkan tiba di Malaysia minggu lepas oleh akhbar tempatabn.

Setibanya di Malaysia, Uche telah menjalani kuarantin 10 hari, dan beliau dijangka akan terus memulakan latihan persediaan bersama pasukan beliau sementara menanti pembukaan tirai pusingan kedua Liga Premier kelak.