Sarawak United FA telah memilih untuk mengadakan latihan secara zoom ketika tempoh perintah kawalan pergerakan penuh sekarang.

Laman rasmi kelab tersebut memetik jurulatih Sarawak United, Safri Amit, sebagai berkata bahawa inisiatif latihan secara maya melalui zoom meeting ini adalah satu kaedah terbaik dalam memastikan jadual latihan rutin dpatuhi oleh pemain disamping memastikan disiplin, stamina dan kecergasan pemain berada dalam keadaan baik sama seperti ketika latihan padang dilakukan.

Safri juga menjelaskan bahawa pihaknya masih menunggu tarikh sepak mula Pusingan Kedua yang sebenar bagi Liga Malaysia buat masa ini.

“Kita masih menunggu tarikh yang sebenar sepak mula Liga Malaysia yang akan di umumkan oleh pihak MFL, sementara itu kami sebagai barisan jurulatih SUFC akan melakukan persiapan awal seperti mengadakan camp based training dalam masa terdekat setelah mendapat kelulusan sedikit masa lagi”, tambah Safri Amit dalam satu kenyataaan oleh Sarawak United di media sosialnya.

Seluruh Malaysia kini dalam keadaan perintah kawalan yang ketat ekoran peningkatan kes Covid-19 dengan latihan secara berpasukan hanya dibenarkan secara camp based sahaja.