PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK TERKINI DI TELEGRAM MySARAWAK .

Susulan pemergian Bryan Jones dari kem Kuching City FC, pihak kelab tersebut telah bertindak segera dengan mencari pengganti kepada kekosongan yang ditinggalkan beliau.

Dalam pada itu, akhbar tempatan melaporkan bahawa pemain import baharu yang bakal mengisi tempat Jones sudah dikenalpasti, dan beliau akan ke Sarawak dalam masa terdekat.

Promosi RM1

Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City, Iswandi Ali Hassan, mengesahkan sendiri khabar kehadiran pemain import tersebut dalam sebuah akhbar tempatan Sarawak.

Menurut Iswandi, pemain tersebut akan menjalani kuarantin 14 hari sebelum beliau memulakan sesi latihan bersama pasukan baharunya kelak.

“Import baharu akan tiba di Kuching dalam minggu ini, namun beliau akan menjalani kuarantin 14 hari sebelum bersama pasukan,” Iswandi dipetik sebagai berkata kepada sebuah akhbar tempatan.

Pemain import baharu tersebut dijangka akan mengisi terus posisi penyerang utama pasukan Kuching City untuk pusingan kedua Liga Premier kelak.

Kuching City sememangnya mempunyai masalah menjaringkan gol pada pusingan pertama Liga Premier apabila menjadi pasukan kedua terbawah dari segi jumlah jaringan gol.

Keadaan ini menyaksikan Kuching City kini berada di kedudukan bawahn liga berkenaan, jauh dari sasaran mereka pada awal musim ini tadi.