Home BERITA BOLASEPAK Transfer: Sarawak mungkin kehilangan pemain pertahanan

Transfer: Sarawak mungkin kehilangan pemain pertahanan

Selepas Joseph Kalang mengesahkan perpindahan beliau ke Terengganu hari ini, pihak SarawakCrocs.com dimaklumkan oleh sumber terdekat bahawa seorang lagi pemain kegemaran Sarawak telah ditawarkan kontrak oleh pasukan lain.

Menurut sumber kami ini, pemain tersebut adalah Ramesh Lai, yang merupakan bek kental pasukan Sarawak selang beberapa musim lalu.

Sumber kami walaubagaimanapun tidak menyebut pasukan yang menawarkan kontrak kepada Ramesh, tetapi memaklumkan bahawa Ramesh lebih gemar kekal di Sarawak sekiranya beliau ditawarkan kontrak baru. Sumber sama turut menyebut bahawa tidak kurang dua pasukan menawarkan kontrak terhadap Ramesh.

Samada Ramesh kekal atau meninggalkan Sarawak akan diketahui dalam masa terdekat.

Previous articleFAM gantung pengadil dan pembantu pengadil
Next articleTransfer: Sarawak likely to drop all foreign players